Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita semua masih diberikan peluang kehidupan.Oleh itu
kita perlulah manfaatkan kehidupan yang dianugerahkan ini dengan bertaubat kepadanya.Baiklah,teruskan
kepada tajuk bagi blog kali ini.Jeng3....Move On.Perkataan ini selalu dikaitkan dengan seseorang yang
ditimpa musibah.Banyak yang boleh kita perkatakan tentang move on atau teruskan kehidupan ini.Tetapi kali
ini saya hanya ingin mahu memberi sepatah dua nasihat kepada orang yang sudah ditimpa musibah supaya move
on.Musibah merupakan kejadian (peristiwa) menyedihkan yg menimpa seseorang.Perkara ini akan dialami oleh ramai orang kerana ia termasuk dalam perjalanan kehidupan kita.Kadang-kadang kita tak dapat mengelak dari musibah,kerana musibah ini bukanlah sesuatu yang terjadi disebabkan oleh perbuatan kita tetapi ujian yang diturunkan Allah S.W.T terhadap kita supaya kita menjadi lebih tabah dan sabar.Oleh itu,kita kena sentiasalah berdoa supaya dijauhkan musibah.Lagipun,pasti ada hikmah disebalik musibah yang diturunkan kerana Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia seperti
firman Allah, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.” (Al-BAqarah: 155-158).
Mungkin Allah S.W.T turunkan musibah itu supaya untuk menguatkan iman kita ataupun Allah turunkan musibah supaya menjadi pengajaran bagi yang lain supaya mencegah kemungkaran.Apa yang saya hendak cuba ketengahkan ialah ketika janganlah berputus asa terhadap nye kite haruslah redha dengan ketentuannya dan teruskan kehidupan,janganlah kita bersedih dengan musibah yang menimpa sehinggakan ada yang sanggup bunuh diri dan ada juga yang menyalahkan ketentuan ilahi atas apa yang berlaku terhadapnya.Sekarang ini macam-macam boleh berlaku,oleh itu dari sekarang haruslah kita terapkan dalam hati kita bahawa Allah S.W.T berkuasa atas segalanya,Allah S.W.T yang menghidupkan dan AllahS.W.T juga yang mematikan segala yang berlaku mungkin Allah S.W.T menyimpan hikmah yang lebih baik pada kita pada masa depan, siapa tau.Kepercayaan kita kepada Allah S.W.T harus diperkuat supaya tidak ada perkara yang dapat menggoyahkan kepercayaan kita.Sekian itu sahaja dari saya,segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.
Pe@Ce N0 W@R