Jumaat, 7 Mac 2014

Kelebihan Membaca Al-Mathurat...:)

Assalamualaikum pembaca blogger....:)
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan2 membaca al-ma'thurat...
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Al-ma'thurat terdiri daripada banyak surah,zikir dan doa yang dibukukan.Antara surah yang terdapat di dalam al- ma'thurat seperti surah al-fatihah,al-baqarah,al-ikhlas,al-falaq dan al-nas  . Rasulullah SAW adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Seelok2nya al-ma'thurat dibaca selepas subuh dan asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredhainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Sumber : http://wowberita.org/kelebihan-membaca-al-mathurat

Jika terdapat kesilapan dalam blog ini,sila2lah komen di bawah ye....

Diharap dengan ilmu yang saya kongsi ini dapatlah kita sama2 tingkatkan amal ibadah seharian kita....
Peace no war....
TAKBIR!!!! 

0 ulasan:

Catat Ulasan