Ahad, 20 April 2014

UJIAN

Assalamualaikum w.b.t pembaca blogger..:)

Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji oleh Allah dengan cara yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.Allah x kan menyeksa hambanya,ujian yang diberikan adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal kita.
Allah  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  Allah memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah  Allah menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan  manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah  kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung .Sebab apa? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya.Sebagai seorang manusia,kita semestinya tidak tahu bilakah kita akan ditimpa ujian. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa  itu. Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa.Jadi renung2kanlah...kita semua masih diberikan peluang kehidupan kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat.Oleh itu,janganlah kita mempersia2kan peluang ini kerana terdapat berbilion2 org yang sudah mati tu ingin hidup balik sebab nak sujud kepada Allah.Setakat itu sahaja ceramah saya pada hari ini.ekian Terima kasih.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Semakin tinggi iman seseorang, semakin berat ujian-Nya. Allah sertakan ujian untuk menguji keimanan dan kesabaran hamba-hamba-Nya. Jadi, kita sebagai hamba-Nya perlulah bersabar dan berfikiran positif. Betul?

Catat Ulasan