Khamis, 26 Jun 2014

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T



Alhamdulillah,kita sudah hampir ke penghujung Syaaban dan sudah hampir untuk memasuki bulan Ramadhan.Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.
Jadi,sudah bersiap sediakah kita untuk bulan ramadhan ini?Bagaimana?Kita perlulah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal dengan meningkatkan amal ibadat dan melakukan puasa sunat supaya badan kita akan terbiasa dan berupaya melakukan banyak amal ibadat dalam bulan ramadhan ini.Memang salah satu fungsi bulan ramadhan ini juga untuk kita memperkuat iman dan menjinakkan nafsu bagi menghadapi bulan-bulan berikutnya.Oleh itu kita perlulah merebut peluang ini yang datang hanya sebulan sekali dalam setahun.Banyak keberkatan dan rahmat Allah beri dalam bulan ramadhan ini.Malam lailatulQadar juga jatuh dalam bulan ramadhan.Malam lailatulqadar ini lebih baik dari ibadat seribu bulan.Ya Allah,begitu besarnya rahmat yang Allah turunkan dalam bulan ini.ganjaran bagi amal ibadat kita juga akan dilipat kali gandakan.SubhanAllah.Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu beri semangat  kepada pembaca blog ini dalam melaksanakan ibadat dalam bulan ramadhan.Sekian Dari Saya

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

MIH' 14

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,dah sebulan MIH atau Malam Integrasi Higlanders berlalu,rasa macam baru semalam pergi MIH ni.Walaupun satu malam je tapi rasa macam banyak benda kitaorang buat.Sebenarnya kitaorang  banyak tangkap gambar je.Takde apapun.Dah takda kerja lain nak buat.Kitaorang datang tengok persembahan pastu makan pastu tengok persembahan lagi.Persembahan pula biasa-biasa je.Makanan dia bolehlah,kitaorang makan nasi arab.MIH ni buat dekat DECTAR jadi memang nampak luasla.Rase macam VIP malam tu semua orang pakai segak-segak.Yelah tema Titanic kan mestila semua pakai kot la bagaila.Saya punya je yang biasa-biasa ja.Yelah saya ni tak reti bergaya,kot pon takda.Saya dan rakan-rakan duduk kat dectar tu sampai habis dinner.Itupon sebab tunggu cabutan bertuah.Tapi takda sorang pon dari kiteorang yang menang.Adoiyai.Lepas dah habis dinner tu baru kitaorang bergambar.Masa tula mulala semua jadi hyperactive nak tangkap gamba.Semua buat gaya pelik-pelik.Hishhhh.Ha lupa bagitau,SIR AZZWAN pon ada kat situ.Dia datang dinner tu jugak.Q jemput SIR datang.Mula-mula terkejut nampak SIR ade dekat dinner tu.Rasa awkward bila SIR ada.Hohoho.Mintak Maaf ye Sir.Sekian.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Khamis, 12 Jun 2014

Epilog KU....

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,Epilog KU...????rasenye ini bukan tulisan terakhir ku...Ku masih ingin meneruskan tulisan ku di dalam blog ini.kerana blog ni dah jadi macam tempat luahan isi hati dah.Ku rasa gembira bile kongsi isi hati ku di blog ini.Oleh sebab itu aku akan meneruskan penulisan ku ini sehingga aku rasa nak berhenti.Haha.Terima kasih kepada Sir Azz1 yang membuka mata saya terhadap blog ni.Kalau sebelum-sebelum ni saya rase menulis blog ini sebagai suatu benda yang buang masa.Tapi sekarang baru saya tau kenapa ramai orang gemar menulis blog.
Sebelum saya akhiri penulisan epilog saya ini saya ingin mengucapkan Selamat Berjaya Dalam Menduduki Peperiksaan Akhir Semester terutama bagi pelajar set 3.Setelah penat lelah belajar sepanjang satu semester.inilah masanya untuk pokok berbuah.tunjukkan bakat anda dalam peperiksaan ni.go GUYS..Move Forward..
segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Sayonara set 3-Aplikasi Komputer

Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah,sayonara set 3-Aplikasi komputer.Itulah sahaja kata-kata yang dapat saya ungkapkan terhadap kelas set 3 aplikasi komputer yang dibimbing oleh SiR Dzul aZZ1.Haha.Kelas terakhir bagi set 3 ni berlangsung pada 27 mei yang lalu.Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama kelas set 3 ni.Sob2.Sedih rasenye.Kejap je masa berlalu.Rasa macam baru semalam kelas pertama.Pejam celik pejam celik dah 14 minggu dahh.Teringat pulak waktu kelas pertama dulu.Sir Dzul Azzwan ibarat makhluk asing bagi kami pelajar set 3.Die memang tegasla waktu kelas pertama dulu.Semua pelajar takut ngan dia kot.Sepanjang kelas sir buat muka serius je.Sir ni tegas dalam banyak benda.Dia ada cara dia yang tersendiri dalam mendidik pelajarnya.Waktu kelas pertama tu die ceritala benda-benda yang kiteorang kena ikut dan benda-benda yang die tak suka kiteorang buat.Sape tak suke cara die,die suruh tukar set lain.Mula-mula saya pun terfikir nak tukar set tapi bile fikir balik.Langgar jela.Haha.Minggu-minggu awal semester die tak tunjukkan lagi sikap kemesraannya.Tapi bile dah dekat minggu-minggu akhir,die dah macam member kiteorang.Dia selalu buat lawak dalam kelas.Mula-mula memangla rase macam bengang je dengan lawak die.Tapi lama-lama bila dah biasa rase benda tu lawak pulak.Tu yang best tu,kiteorang gelak sama-sama dengan die dalam kelas.Ha yang paling penting die ingat nama semua pelajar kelas kiteorang dalam 2 minggu je.Dan hopefully die takkan lupela.Fuhh..1001 kenangan dicipta dalam masa 14 minggu.Tapi yang pelik time kelas terakhir tu die tak senyum pun.Die masam muke je keje die.Saya suruh die senyum pun taknak.Ingatkan die badmood.Tapi die takde marah-marah pulak haritu.Saya rase die saja-saja buat macam tu,berlakon je tu.Ini semua poyo.Hahaha...Kalau die baca blog ni saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada SIR AZZ1 yang sudi mengajar dan membimbing kami dengan sepenuh hati sepanjang semester ni.Budimu tak terhingga dan tak dapat dikenang.You are the best SIR.Cukupla sampai disini saja.Sekian dari saya.
segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Frust Tertonggeng

Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah,blog kali ini saya akan guna istilah gua sebagai kata ganti nama diri.Akhirnya periksa paper statistik dah lepassss..Oh yeahhhhhh..Rase lega habis ah.Fuhhhh pasni bole rilek-rilek sikit belajar.Paper statistikla paling burden antara semua paper.Sampai tak tidur malam gua dibuatnya.Ini Semua gara-gara ujian hipotesis yang cadbury nih.First time kot gua tak tidur malam sebab study,kalau sebelum ni ade jugak tak tidur malam tapi sebab main game.Haha.Tapi sebenarnye gua nak cerita pasal frust jawab exam statistik tu.Banyak soalan gua tak jawab beb.Aduhhhh.Rase tension gile dalam dewan exam tu rasa cam nak panggil pensyarah pastu tanye jawapan je terus.Rasa nak hentak muka pensyarah pun ada.Haha.Gurau je. Aiyooomapa macam mana nak jawab exam statistik nih.Time dah keluar dewan tu rase cam nak nangis je.Tapi sebab malu jadi saya tak nangisla.Betul memang tension gile jawab paper tu.Membe-membe gua yang lain boleh gembira-gembira seronok-seronok sebab dapat jawab.Gua je yang buat muka monyok sepanjang perjalanan pulang.Sampai bilik pon gua kunci pintu terus taknak kasi sesiapa masuk.Sampai begitu sekali tahap ketensionan gua.Tapi benda ni tak boleh buat apa dah kita hanya perlu redha dengan ketentuan Ilahi.Benda ni jadi mgkin sebab salah diri sendiri kan.Mungkin sebab last minit baru nak belajar. Welllll... tak boleh nak salahkan sesiapa pon kena terima dan amik perkara ni sebagai pengajaran supaya tak diulangi kesilapan yang sama.Oklah..Tak larat nak tulis panjang-panjang lagi.Terima kasih kerana sudi membaca luahan isi hati dan perasaan ini.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Rabu, 11 Jun 2014

Cadbury = Babi ? Part 2

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,ok kalau sebelum ni saye cerita pasal macammana berita boleh tersebar dan kesannya kepada saya dan masyarakat yang gemar cadbury,kali ni pulak saya nak komen sikit pasal Jakim nih.
Korang pun mesti ade jugak rase tak puas hati gak kan.Yela sape rase tak puas hati,mula-mula cakap cadbury ada DNA babi,pastu lepas beberapa hari Jakim keluarkan statement cakap cadbury halal pulak.Ape ni Jakim.Aduh,ini yang buat masyarakat mula ragu-ragu kat Jakim nih.Masyarakat dah mule nak boikot cadbury tetibe cakap cadbury halal pulak.Adoyai.Yang tak boleh belahnya harga cadbury jatuh mendadak beb.Ade yang jatuh sampai seringgit je.Kah3.Beli borong la ape lagi.Haha.Ha teringat pulak kes pasal nak tukar darah plak.Ape jadahnhya nak tukar darah pulak.Ish.Menyirap je saya dengar.Islam tu tidak membebankan.Benda tu kite pon tak tau kot ada DNA babi.Alamak makin lari daripada tajuk sebenar pulak.Jakim patutnya meneliti betul-betul pasal hal ni.Bukannya terburu-buru keluarkan statement.Rasanya setakat tu je kot luahan hati dan perasaan ini.Sekian dari saya.


segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Selasa, 10 Jun 2014

Cadbury = Babi?

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah......ok hari ni saya nak cerita sikit pasal kisah yang tengah famous meletop sekarang ni.Kalau korang baca tajuk pon dah tau ape bende cerita tu.Baru-baru ni seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita yang kurang enak didengar dan dimakan yang mengatakan bahawa dua daripada produk cadbury mengandungi DNA BABI.Kuang3..Dua produk tu iaitu coklat kacang hazel dengan coklat buah badam ataupun orang selalu panggil roast almond.Berita ni mula2 keluar dekat laman sosial.Lepastu keesokan harinya keluar dekat suratkhabar.

                               Berikut Merupakan keratan Akhbar yang menyatakan cadbury = BABI.



Saya mula-mula perasan berita ni dekat facebook.Mula2 saya baca saya tak percaya sangat.Pastu saya search google cari rujukan yang boleh dipercayai.Terkejut beruk saye dekat laman Berita Harian pon ada,saye rasa bukan saya je terkejut tapi satu Malaysia terkejut beruk dibuatnye.Mana taknya cadbury ni kan orang selalu makan,orang muda2 sekarang ni minat betul makan cadbury.Sebab tu ramai yang terkejut.Saya pun akui pernah makan dan menggemari cadbury terutama roast almond.Lepas dapat tau pasal berita tu saya insaf terus,mengucap banyak2.Ish3 tak sangka betul.Benda tu dah lama ada dekat pasaran kot takkan baru sekarang  diorang sedar dan baru periksa.Biar betik Bro.Dah berjuta tan cadbury gua telan bro.Ayoyo.Hohoho.Okla setakat ni je kut buat masa ni sebab saya nak bersiap pergi Exam ni.Sekian Terima Kasih. 

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Jumaat, 6 Jun 2014

Tentang Aku Lagi..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,huahuahua...sambungan tentang aku,baiklah,teruskan,saya bertadika di bangi.Saya sempat bersekolah rendah di Jalan 3,bangi sekejap,darjah satu je,pastu sambung bersekolah rendah di pinang sampai darjah 2 je.Pindah ke ipoh pulak,sambung sekolah kat situ sampai darjah 6.Fuh...kenangan betul kat ipoh tu teringat kenangan bersama kawan-kawan sekolah dulu,ayo rindunya.Kenangan sekolah menengah saya tercipta di KL,walaupun tak ada apa-apa sangat pon,orang lain banyak mencipta kenangan masa sekolah menengah,tapi saya biasa saja,biasala low profilela katakan.

Tak banyak jugak kenangan pahit masa kat sekolah dulu.Awek pon takde kawan perempuan pon tak ramai,hmmpphh sapala nak kat saya -,-,haha,sebenarnya ada je cuma saya tak pandai bergaul dengan perempuan-perempuan nih.Biasala malu....huhu.Lepas SPM,saya mendapat saranan ibubapa supaya meneruskan pengajian di Matrikulasi,saya mendapat dua2 tawaran iaitu tawaran UPU dan matrikulasi.Upu tu saya dapat tawaran UITM alor gajah melaka diploma sistem maklumat perakaunan.Saya fikir punya fikir,saya rasa matrik cepat sikit masuk ijazah,sebab tu saya pilih matrik tu.Hehehe.Alhamdulillah saya dapat markah yang baik di matrik,tak sia-sia saya pilih matrik.Sampai situ jela saya cerita.Hehe.Ok Guys.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

TenTang AkU...

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah,sudah lama saya tidak mengupdate blog ini,yelah kebelakangan ni saya banyak hal sedikit,hal pasal pembentanganla,tugasanla dan minggu ni pulak minggu belajar,minggu depan dah periksa.Banyak benda kena belajar balik ni.Tu yang hbusy tuh.Haha.Ape-ape pon saya update blog ni pun sebab saya nak cerita serba sedikit tentang latar belakang saya.

Tahun ni tahun 2014,tahun umur saya genap 20 tahun.Dilahirkan pada 8/10/1994.Belum 20 tahun  lagi pon.Saya lahir di salah sebuah klinik di KL,rasenye tak perlu bagitau klinik ape kot.Pada mulanya saya tinggal di KL dan kemudian saya berpindah ke bangi sehingga darjah satu,lepastu saya berpindah ke pinang pulak,ayoyo pening kepala asyik pindah sahaja.Tinggal di pinang selama 2 tahun,kemudian berpindah ke Ipoh pula.Kat ipoh ni lame sedikit,dalam 4/5 tahun.Lepastu pindah KL balik.Huahuahua.Pi Mai Pi mai tang tu jugak.Sampai sekarang saya tinggal kat KL.Saya rasa setakat ni je dulu kot hehe.Dah mengantukla..zZzzZZz

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R