Selasa, 10 Jun 2014

Cadbury = Babi?

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah......ok hari ni saya nak cerita sikit pasal kisah yang tengah famous meletop sekarang ni.Kalau korang baca tajuk pon dah tau ape bende cerita tu.Baru-baru ni seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita yang kurang enak didengar dan dimakan yang mengatakan bahawa dua daripada produk cadbury mengandungi DNA BABI.Kuang3..Dua produk tu iaitu coklat kacang hazel dengan coklat buah badam ataupun orang selalu panggil roast almond.Berita ni mula2 keluar dekat laman sosial.Lepastu keesokan harinya keluar dekat suratkhabar.

                               Berikut Merupakan keratan Akhbar yang menyatakan cadbury = BABI.



Saya mula-mula perasan berita ni dekat facebook.Mula2 saya baca saya tak percaya sangat.Pastu saya search google cari rujukan yang boleh dipercayai.Terkejut beruk saye dekat laman Berita Harian pon ada,saye rasa bukan saya je terkejut tapi satu Malaysia terkejut beruk dibuatnye.Mana taknya cadbury ni kan orang selalu makan,orang muda2 sekarang ni minat betul makan cadbury.Sebab tu ramai yang terkejut.Saya pun akui pernah makan dan menggemari cadbury terutama roast almond.Lepas dapat tau pasal berita tu saya insaf terus,mengucap banyak2.Ish3 tak sangka betul.Benda tu dah lama ada dekat pasaran kot takkan baru sekarang  diorang sedar dan baru periksa.Biar betik Bro.Dah berjuta tan cadbury gua telan bro.Ayoyo.Hohoho.Okla setakat ni je kut buat masa ni sebab saya nak bersiap pergi Exam ni.Sekian Terima Kasih. 

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

0 ulasan:

Catat Ulasan