Khamis, 26 Jun 2014

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T



Alhamdulillah,kita sudah hampir ke penghujung Syaaban dan sudah hampir untuk memasuki bulan Ramadhan.Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.
Jadi,sudah bersiap sediakah kita untuk bulan ramadhan ini?Bagaimana?Kita perlulah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal dengan meningkatkan amal ibadat dan melakukan puasa sunat supaya badan kita akan terbiasa dan berupaya melakukan banyak amal ibadat dalam bulan ramadhan ini.Memang salah satu fungsi bulan ramadhan ini juga untuk kita memperkuat iman dan menjinakkan nafsu bagi menghadapi bulan-bulan berikutnya.Oleh itu kita perlulah merebut peluang ini yang datang hanya sebulan sekali dalam setahun.Banyak keberkatan dan rahmat Allah beri dalam bulan ramadhan ini.Malam lailatulQadar juga jatuh dalam bulan ramadhan.Malam lailatulqadar ini lebih baik dari ibadat seribu bulan.Ya Allah,begitu besarnya rahmat yang Allah turunkan dalam bulan ini.ganjaran bagi amal ibadat kita juga akan dilipat kali gandakan.SubhanAllah.Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu beri semangat  kepada pembaca blog ini dalam melaksanakan ibadat dalam bulan ramadhan.Sekian Dari Saya

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

MIH' 14

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,dah sebulan MIH atau Malam Integrasi Higlanders berlalu,rasa macam baru semalam pergi MIH ni.Walaupun satu malam je tapi rasa macam banyak benda kitaorang buat.Sebenarnya kitaorang  banyak tangkap gambar je.Takde apapun.Dah takda kerja lain nak buat.Kitaorang datang tengok persembahan pastu makan pastu tengok persembahan lagi.Persembahan pula biasa-biasa je.Makanan dia bolehlah,kitaorang makan nasi arab.MIH ni buat dekat DECTAR jadi memang nampak luasla.Rase macam VIP malam tu semua orang pakai segak-segak.Yelah tema Titanic kan mestila semua pakai kot la bagaila.Saya punya je yang biasa-biasa ja.Yelah saya ni tak reti bergaya,kot pon takda.Saya dan rakan-rakan duduk kat dectar tu sampai habis dinner.Itupon sebab tunggu cabutan bertuah.Tapi takda sorang pon dari kiteorang yang menang.Adoiyai.Lepas dah habis dinner tu baru kitaorang bergambar.Masa tula mulala semua jadi hyperactive nak tangkap gamba.Semua buat gaya pelik-pelik.Hishhhh.Ha lupa bagitau,SIR AZZWAN pon ada kat situ.Dia datang dinner tu jugak.Q jemput SIR datang.Mula-mula terkejut nampak SIR ade dekat dinner tu.Rasa awkward bila SIR ada.Hohoho.Mintak Maaf ye Sir.Sekian.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Khamis, 12 Jun 2014

Epilog KU....

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,Epilog KU...????rasenye ini bukan tulisan terakhir ku...Ku masih ingin meneruskan tulisan ku di dalam blog ini.kerana blog ni dah jadi macam tempat luahan isi hati dah.Ku rasa gembira bile kongsi isi hati ku di blog ini.Oleh sebab itu aku akan meneruskan penulisan ku ini sehingga aku rasa nak berhenti.Haha.Terima kasih kepada Sir Azz1 yang membuka mata saya terhadap blog ni.Kalau sebelum-sebelum ni saya rase menulis blog ini sebagai suatu benda yang buang masa.Tapi sekarang baru saya tau kenapa ramai orang gemar menulis blog.
Sebelum saya akhiri penulisan epilog saya ini saya ingin mengucapkan Selamat Berjaya Dalam Menduduki Peperiksaan Akhir Semester terutama bagi pelajar set 3.Setelah penat lelah belajar sepanjang satu semester.inilah masanya untuk pokok berbuah.tunjukkan bakat anda dalam peperiksaan ni.go GUYS..Move Forward..
segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Sayonara set 3-Aplikasi Komputer

Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah,sayonara set 3-Aplikasi komputer.Itulah sahaja kata-kata yang dapat saya ungkapkan terhadap kelas set 3 aplikasi komputer yang dibimbing oleh SiR Dzul aZZ1.Haha.Kelas terakhir bagi set 3 ni berlangsung pada 27 mei yang lalu.Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama kelas set 3 ni.Sob2.Sedih rasenye.Kejap je masa berlalu.Rasa macam baru semalam kelas pertama.Pejam celik pejam celik dah 14 minggu dahh.Teringat pulak waktu kelas pertama dulu.Sir Dzul Azzwan ibarat makhluk asing bagi kami pelajar set 3.Die memang tegasla waktu kelas pertama dulu.Semua pelajar takut ngan dia kot.Sepanjang kelas sir buat muka serius je.Sir ni tegas dalam banyak benda.Dia ada cara dia yang tersendiri dalam mendidik pelajarnya.Waktu kelas pertama tu die ceritala benda-benda yang kiteorang kena ikut dan benda-benda yang die tak suka kiteorang buat.Sape tak suke cara die,die suruh tukar set lain.Mula-mula saya pun terfikir nak tukar set tapi bile fikir balik.Langgar jela.Haha.Minggu-minggu awal semester die tak tunjukkan lagi sikap kemesraannya.Tapi bile dah dekat minggu-minggu akhir,die dah macam member kiteorang.Dia selalu buat lawak dalam kelas.Mula-mula memangla rase macam bengang je dengan lawak die.Tapi lama-lama bila dah biasa rase benda tu lawak pulak.Tu yang best tu,kiteorang gelak sama-sama dengan die dalam kelas.Ha yang paling penting die ingat nama semua pelajar kelas kiteorang dalam 2 minggu je.Dan hopefully die takkan lupela.Fuhh..1001 kenangan dicipta dalam masa 14 minggu.Tapi yang pelik time kelas terakhir tu die tak senyum pun.Die masam muke je keje die.Saya suruh die senyum pun taknak.Ingatkan die badmood.Tapi die takde marah-marah pulak haritu.Saya rase die saja-saja buat macam tu,berlakon je tu.Ini semua poyo.Hahaha...Kalau die baca blog ni saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada SIR AZZ1 yang sudi mengajar dan membimbing kami dengan sepenuh hati sepanjang semester ni.Budimu tak terhingga dan tak dapat dikenang.You are the best SIR.Cukupla sampai disini saja.Sekian dari saya.
segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Frust Tertonggeng

Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah,blog kali ini saya akan guna istilah gua sebagai kata ganti nama diri.Akhirnya periksa paper statistik dah lepassss..Oh yeahhhhhh..Rase lega habis ah.Fuhhhh pasni bole rilek-rilek sikit belajar.Paper statistikla paling burden antara semua paper.Sampai tak tidur malam gua dibuatnya.Ini Semua gara-gara ujian hipotesis yang cadbury nih.First time kot gua tak tidur malam sebab study,kalau sebelum ni ade jugak tak tidur malam tapi sebab main game.Haha.Tapi sebenarnye gua nak cerita pasal frust jawab exam statistik tu.Banyak soalan gua tak jawab beb.Aduhhhh.Rase tension gile dalam dewan exam tu rasa cam nak panggil pensyarah pastu tanye jawapan je terus.Rasa nak hentak muka pensyarah pun ada.Haha.Gurau je. Aiyooomapa macam mana nak jawab exam statistik nih.Time dah keluar dewan tu rase cam nak nangis je.Tapi sebab malu jadi saya tak nangisla.Betul memang tension gile jawab paper tu.Membe-membe gua yang lain boleh gembira-gembira seronok-seronok sebab dapat jawab.Gua je yang buat muka monyok sepanjang perjalanan pulang.Sampai bilik pon gua kunci pintu terus taknak kasi sesiapa masuk.Sampai begitu sekali tahap ketensionan gua.Tapi benda ni tak boleh buat apa dah kita hanya perlu redha dengan ketentuan Ilahi.Benda ni jadi mgkin sebab salah diri sendiri kan.Mungkin sebab last minit baru nak belajar. Welllll... tak boleh nak salahkan sesiapa pon kena terima dan amik perkara ni sebagai pengajaran supaya tak diulangi kesilapan yang sama.Oklah..Tak larat nak tulis panjang-panjang lagi.Terima kasih kerana sudi membaca luahan isi hati dan perasaan ini.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Rabu, 11 Jun 2014

Cadbury = Babi ? Part 2

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,ok kalau sebelum ni saye cerita pasal macammana berita boleh tersebar dan kesannya kepada saya dan masyarakat yang gemar cadbury,kali ni pulak saya nak komen sikit pasal Jakim nih.
Korang pun mesti ade jugak rase tak puas hati gak kan.Yela sape rase tak puas hati,mula-mula cakap cadbury ada DNA babi,pastu lepas beberapa hari Jakim keluarkan statement cakap cadbury halal pulak.Ape ni Jakim.Aduh,ini yang buat masyarakat mula ragu-ragu kat Jakim nih.Masyarakat dah mule nak boikot cadbury tetibe cakap cadbury halal pulak.Adoyai.Yang tak boleh belahnya harga cadbury jatuh mendadak beb.Ade yang jatuh sampai seringgit je.Kah3.Beli borong la ape lagi.Haha.Ha teringat pulak kes pasal nak tukar darah plak.Ape jadahnhya nak tukar darah pulak.Ish.Menyirap je saya dengar.Islam tu tidak membebankan.Benda tu kite pon tak tau kot ada DNA babi.Alamak makin lari daripada tajuk sebenar pulak.Jakim patutnya meneliti betul-betul pasal hal ni.Bukannya terburu-buru keluarkan statement.Rasanya setakat tu je kot luahan hati dan perasaan ini.Sekian dari saya.


segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Selasa, 10 Jun 2014

Cadbury = Babi?

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah......ok hari ni saya nak cerita sikit pasal kisah yang tengah famous meletop sekarang ni.Kalau korang baca tajuk pon dah tau ape bende cerita tu.Baru-baru ni seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita yang kurang enak didengar dan dimakan yang mengatakan bahawa dua daripada produk cadbury mengandungi DNA BABI.Kuang3..Dua produk tu iaitu coklat kacang hazel dengan coklat buah badam ataupun orang selalu panggil roast almond.Berita ni mula2 keluar dekat laman sosial.Lepastu keesokan harinya keluar dekat suratkhabar.

                               Berikut Merupakan keratan Akhbar yang menyatakan cadbury = BABI.



Saya mula-mula perasan berita ni dekat facebook.Mula2 saya baca saya tak percaya sangat.Pastu saya search google cari rujukan yang boleh dipercayai.Terkejut beruk saye dekat laman Berita Harian pon ada,saye rasa bukan saya je terkejut tapi satu Malaysia terkejut beruk dibuatnye.Mana taknya cadbury ni kan orang selalu makan,orang muda2 sekarang ni minat betul makan cadbury.Sebab tu ramai yang terkejut.Saya pun akui pernah makan dan menggemari cadbury terutama roast almond.Lepas dapat tau pasal berita tu saya insaf terus,mengucap banyak2.Ish3 tak sangka betul.Benda tu dah lama ada dekat pasaran kot takkan baru sekarang  diorang sedar dan baru periksa.Biar betik Bro.Dah berjuta tan cadbury gua telan bro.Ayoyo.Hohoho.Okla setakat ni je kut buat masa ni sebab saya nak bersiap pergi Exam ni.Sekian Terima Kasih. 

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Jumaat, 6 Jun 2014

Tentang Aku Lagi..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,huahuahua...sambungan tentang aku,baiklah,teruskan,saya bertadika di bangi.Saya sempat bersekolah rendah di Jalan 3,bangi sekejap,darjah satu je,pastu sambung bersekolah rendah di pinang sampai darjah 2 je.Pindah ke ipoh pulak,sambung sekolah kat situ sampai darjah 6.Fuh...kenangan betul kat ipoh tu teringat kenangan bersama kawan-kawan sekolah dulu,ayo rindunya.Kenangan sekolah menengah saya tercipta di KL,walaupun tak ada apa-apa sangat pon,orang lain banyak mencipta kenangan masa sekolah menengah,tapi saya biasa saja,biasala low profilela katakan.

Tak banyak jugak kenangan pahit masa kat sekolah dulu.Awek pon takde kawan perempuan pon tak ramai,hmmpphh sapala nak kat saya -,-,haha,sebenarnya ada je cuma saya tak pandai bergaul dengan perempuan-perempuan nih.Biasala malu....huhu.Lepas SPM,saya mendapat saranan ibubapa supaya meneruskan pengajian di Matrikulasi,saya mendapat dua2 tawaran iaitu tawaran UPU dan matrikulasi.Upu tu saya dapat tawaran UITM alor gajah melaka diploma sistem maklumat perakaunan.Saya fikir punya fikir,saya rasa matrik cepat sikit masuk ijazah,sebab tu saya pilih matrik tu.Hehehe.Alhamdulillah saya dapat markah yang baik di matrik,tak sia-sia saya pilih matrik.Sampai situ jela saya cerita.Hehe.Ok Guys.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

TenTang AkU...

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah,sudah lama saya tidak mengupdate blog ini,yelah kebelakangan ni saya banyak hal sedikit,hal pasal pembentanganla,tugasanla dan minggu ni pulak minggu belajar,minggu depan dah periksa.Banyak benda kena belajar balik ni.Tu yang hbusy tuh.Haha.Ape-ape pon saya update blog ni pun sebab saya nak cerita serba sedikit tentang latar belakang saya.

Tahun ni tahun 2014,tahun umur saya genap 20 tahun.Dilahirkan pada 8/10/1994.Belum 20 tahun  lagi pon.Saya lahir di salah sebuah klinik di KL,rasenye tak perlu bagitau klinik ape kot.Pada mulanya saya tinggal di KL dan kemudian saya berpindah ke bangi sehingga darjah satu,lepastu saya berpindah ke pinang pulak,ayoyo pening kepala asyik pindah sahaja.Tinggal di pinang selama 2 tahun,kemudian berpindah ke Ipoh pula.Kat ipoh ni lame sedikit,dalam 4/5 tahun.Lepastu pindah KL balik.Huahuahua.Pi Mai Pi mai tang tu jugak.Sampai sekarang saya tinggal kat KL.Saya rasa setakat ni je dulu kot hehe.Dah mengantukla..zZzzZZz

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Isnin, 5 Mei 2014

MAKAN PEHA AYAM...

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini saya ingin bercerita tentang bahagian ayam yang paling saya sukai iaitu peha ayam.Kenapa peha 

ayam??? well,bila dari kecik tengok cerita kat tv nampak peha ayam je jadi sejak tula tertarik dengan peha 

ayam ni.Kalau tengok iklan makanan kat tv pon die akan letak peha ayam,itu yang buatkan kite lagi suka 

dengan peha ayam.Nampak tak permainanye.Kalau pergi kedai mane2 mesti mintak bahagian peha,nyum2 

nampak sedap walaupun hakikatnya rase die same je mcm bahagian lain, tapi well otak kita dah setkan  

peha ayam tu sedap.Tapi kadang2 tu terambil peha ayam yang kurang masak,darah ayam tu masih fresh 

lagi,haha pastu ape lagi tukarla(bukan tukar ayam lain,tukar ikan terus).Memang dah jadi tabiat dah bile pegi 

kedai je mesti mintak bahagian peha.Jangan cakap kat kedai je,kat rumah pun kadang2 berebut peha ayam 

dengan adik,nasib baik tak bergaduh.Tapi bile dah besar ni pandaila nak tolak ansur kan,takkan sebab peha 

ayam pon nak gaduh betul tak?Rasenye kalau makan peha ayam dengan nasi pun dah cukup 

kot.Haha.Cakap pasal makan peha ayam,teringat cerita upin & ipin,waktu puasa tu,diorang terbayang ayam 

goreng,bahagian peha.Jadi suka peha ayam ni dah jadi perkara biase dah,bukan saya je suka makan 

bahagian peha ni ramai lagi kot.Ade jugak kawan saye yang mintak peha ayam kalau makan kat keai iaitu 

rik@Rd0....hahaha.Rasenye cukup kot sampai situ je,phew penat betul tulis blog ini.Ibarat pergi berjuang di 

medan perang.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Ahad, 27 April 2014

Hati Busuk..

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberikan nikmat dan peluang kehidupan dan tak lupa juga nikmat iman.Baiklah,kita teruskan kepada perbincangan utama kita.Minggu ini kami diberikan peluang untuk memilih sendiri tajuk blog kali ini.Jadi,saya telahpun memilih tajuk eeeee "Hati Busuk".Hahaha rasa kelakar bila dengar tajuk tu.Benda ni kita selalu lalui dan kemungkinan besar kita sendiri buat benda ni.Hati busuk ni biasanya sebab seseorang tu dengki terhadap orang lain.Apabila seseorang tu dengki,ini mendorong orang tersebut untuk melakukan aniaya terhadap orang lain.Sebab benda nilah berlakunya perkara seperti santau,fitnah,mengumpat dan sebagainya.Dengki sebab tengok orang lain berjaye.Perkara seperti ini merugikan masyarakat.Terutama masyarakat melayu kita ini,hmmpphh tak payah cakapla memang banyak kes santau2 dan fitnah2 ni di kalangan melayu kita.Tak tahula kenapa melayu ni banyak yang hati busuk ni,semua benda yang berlaku adalah ketentuan Allah,kita patutnya bile dah tengok orang lain berjaya kita berusaha untuk jadi macam dia bukannye menganiaya dia.Kalau tak pon kite tanye die atau mintak tips kat die macam mane die boleh berjaye,kan lagi baik tu.Oleh itu,masyarakat kita perlu berubah,kita perlu dididik dari kecil lagi supaya jangan mendengki,terapkan ilmu agama dalam diri anak2,dengan itu insyaAllah perkara2 buruk seperti yang saya cakap tadi tak berlaku.Kerana Islam mengajar kita cara hidup yang dapat memberi manfaat kepada kita dan sekeliling bukan memudaratkan.Allah buat sesuatu tu pasti ade hikmahnya.Oleh itu,panduan hidup kita perlulah berlandaskan agama.Dengan itu insyAllah kita selamat dunia dan akhirat.Setakat itu sahajalah perkongsian saya pada kali ini.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Ahad, 20 April 2014

UJIAN

Assalamualaikum w.b.t pembaca blogger..:)

Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji oleh Allah dengan cara yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.Allah x kan menyeksa hambanya,ujian yang diberikan adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal kita.
Allah  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  Allah memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah  Allah menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan  manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah  kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung .Sebab apa? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya.Sebagai seorang manusia,kita semestinya tidak tahu bilakah kita akan ditimpa ujian. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa  itu. Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa.Jadi renung2kanlah...kita semua masih diberikan peluang kehidupan kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat.Oleh itu,janganlah kita mempersia2kan peluang ini kerana terdapat berbilion2 org yang sudah mati tu ingin hidup balik sebab nak sujud kepada Allah.Setakat itu sahaja ceramah saya pada hari ini.ekian Terima kasih.

segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Ahad, 13 April 2014

RAPUH....


Assalamualaikum w.b.t....:)




Alhamdulillah3,rapuh....aqidah,kebiasaannya aqidah kita rapuh kerana kita tidak mendalami ilmu agama


dengan secukupnya yang menyebabkan kita bercakap atau mengajar sesorang tanpa ilmu agama yang betul 

,kita juga tidak bergaul dengan golongan yang berilmu dalam hal agama,dan banyak lagi sebab mengapa 

aqidah kita rapuh,oleh itu kita perlulah menguatkan aqidah kita dengan mendalami ilmu agama,dalam era 

modenisasi ini berbagai cara kita boleh belajar agama,dengan telefon pintar yang kita ada kita hanya perlu 

search di google tetapi kita perlulah memastikan kandungan itu merupakan dari sumber yang sah dan 

sahih,selain itu,sekarang ni sudah banyak buku2 berkaitan ilmu agama yang kita boleh dapat,banyak jugak 

yang murah2,kenapa kita masih menyombong untuk menuntut ilmu agama sedangkan  sudah banyak cara2 

yang mudah untuk menuntut ilmu agama,kita bukan di zaman kuno lagi di mana seseorang itu perlu mencari 

ustaz atau ustazah untuk menuntut ilmu ataupun mengaji al-Quran.Jika kita membiarkan hati kita tidak 

menuntut ilmu agama,ini boleh membawa kepada kejahilan terhadap agama dimana aqidah kita menjadi 

semakin rapuh sebab kekurangan ilmu tentang agama.Oleh itu,kita seharusnya berusaha dalam mendalami 

ilmu agama demi kepentingan dunia dan akhirat,apabila kita mendalaminya,kita boleh berdakwah kepada 

kawan2 yang tidak mengetahui dan kawan2 akan menyebarkannya,ilmu ini boleh memberi manfaat kepada 

kita apabila kita mati nanti.Sekian itu sahaja dari saya hari ini.TERIMA KASIH...:)



Pe@Ce N0 W@R 

JATUH....

Assalamualaikum w.b.t..:)

Tajuk Pada Kali Ini : JaTuH BaSiKal

JaTuH Yang Pertama:

  • Ketika itu saya masih di bangku persekolahan(sekolah rendah) dan pada hari minggu,ayahku baru sahaja membeli basikal baru,jadi saya ingin mencubanya,saya pula sudah lama tidak menunggang basikal,kali terakhir saya bawa ketika tadika,ish3,saya pon dengan gembiranya dan muka tersengih sorang2 mencuba naik basikal tu,mula2 saya naik bergoyang2 sebab kekok lagi pastu saya dapat stabilkan,bila keluar dari rumah je saya terus kayuh laju2,teruskan perjalanan dengan tiba2 saya hilang kawalan dan menghala ke longkang,lepastu saya jadi gelabah dan basikal saya termasuk dalam longkang begitu juga saya,nasib baik longkang tu kecik dan ada luka sedikit kat tangan say,pastu saya bawak basikal tu keluar ,saya pandang ke kiri ke kanan nak tengok ada orang nampak tak,nasib baik takde orang kat situ,fuh lega tak malu sangat,ish3 pengajaran pertama,
JaTuH yang Kedua :

  • Ketika itu juga masih bersekolah rendah,kali ini saya sendiri yang mencari nahas,waktu tu baru habis sekolah,takde benda nak dibuat,jadi saya ingin mencuba,saya buka pagar rumah luas2,pastu saya kayuh basikal keluar rumah dan belok ke kanan,saya teruskan mengayuh,bila dah rasa cukup jauh saya berhenti,pastu saya berpatah balik,saya mengayuh pada kelajuan maksimum dengan keyakinan yang tinggi,dengan kelajuan maksimum saya membelok ingin masuk kedalam kawasan rumah,tetapi,ish3,belokan saya tak mencukupi menyebabkan saya terlanggar tembok pagar rumah lalu saya dan basikal saya berpusing2 di atas lantai,pastu saya berasa pening dan insaf,saya dengan berasa hampa kerana gagal membuat lap masuk ke dalam rumah.wahahaha  
Saya rasa setakat itu sahaja yang ingin saya kongsikan tentang pengalaman saya jatuh basikal 
Sebernanya ada lagi tapi malasla nak cerita lagi haha...
segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

Pe@Ce N0 W@R 

Sabtu, 29 Mac 2014

MOVE ON.....

Assalamualaikum w.b.t.....:)

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita semua masih diberikan peluang kehidupan.Oleh itu

kita perlulah manfaatkan kehidupan yang dianugerahkan ini dengan bertaubat kepadanya.Baiklah,teruskan

kepada tajuk bagi blog kali ini.Jeng3....Move On.Perkataan ini selalu dikaitkan dengan seseorang yang

ditimpa musibah.Banyak yang boleh kita perkatakan tentang move on atau teruskan kehidupan ini.Tetapi kali

ini saya hanya ingin mahu memberi sepatah dua nasihat kepada orang yang sudah ditimpa musibah supaya move

on.Musibah merupakan kejadian (peristiwa) menyedihkan yg menimpa seseorang.Perkara ini akan dialami oleh ramai orang kerana ia termasuk dalam perjalanan kehidupan kita.Kadang-kadang kita tak dapat mengelak dari musibah,kerana musibah ini bukanlah sesuatu yang terjadi disebabkan oleh perbuatan kita tetapi ujian yang diturunkan Allah S.W.T terhadap kita supaya kita menjadi lebih tabah dan sabar.Oleh itu,kita kena sentiasalah berdoa supaya dijauhkan musibah.Lagipun,pasti ada hikmah disebalik musibah yang diturunkan kerana Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia seperti
 firman Allah, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.” (Al-BAqarah: 155-158).

Mungkin Allah S.W.T turunkan musibah itu supaya untuk menguatkan iman kita ataupun Allah turunkan musibah supaya menjadi pengajaran bagi yang lain supaya mencegah kemungkaran.Apa yang saya hendak cuba ketengahkan ialah ketika janganlah berputus asa terhadap nye kite haruslah redha dengan ketentuannya dan teruskan kehidupan,janganlah kita bersedih dengan musibah yang menimpa sehinggakan ada yang sanggup bunuh diri dan ada juga yang menyalahkan ketentuan ilahi atas apa yang berlaku terhadapnya.Sekarang ini macam-macam boleh berlaku,oleh itu dari sekarang haruslah kita terapkan dalam hati kita bahawa Allah S.W.T berkuasa atas segalanya,Allah S.W.T yang menghidupkan dan AllahS.W.T  juga yang mematikan segala yang berlaku mungkin Allah S.W.T menyimpan hikmah yang lebih baik pada kita pada masa depan, siapa tau.Kepercayaan kita kepada Allah S.W.T harus diperkuat supaya tidak ada perkara yang dapat menggoyahkan kepercayaan kita.Sekian itu sahaja dari saya,segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.


Pe@Ce N0 W@R 

Jumaat, 21 Mac 2014

Merajuk....

Assalamualaikum w.b.t pembaca blogger....:)

Alhamdulillah sehingga hari ini saya masih diberikan kesihatan yang baik dan saya masih diberikan peluang 

untuk menulis blog,walaupun sebenarnya bagi saya menulis blog ini bukan satu peluang tetapi lebih kepada 

nasib tidak baik haha..ape2 pon kali ini saya diberi tajuk merajuk.Merajuk????


apa saya nak cakap tentang merajuk.Saya ni jenis yang kurang merajuk,tarik muka selalula hehe.Hentam 

sajala.Merajuk dalam bahasa inggeris ialah sulk atau touching merupakan keadaan di mana seseorang 

individu menunjukkan rasa tidak senang(dengan mendiamkan diri dan bermasam muka) terhadap orang lain 

yang dirasakan tidak puas hati.Biasanya perempuan je yang kuat merajuk ni lelaki mana ade merajuk,tak 

gentlela lelaki merajuk jatuh maruah lelaki kalau merajuk,jarang jumpa lelaki yang kuat merajuk ni mungkin 

1 dalam sejuta kot.Perempuan ni kalau merajuk sekali,perrghhhh susah nak pujuk bhai kalau tak percaya 

cubalah tanya lelaki2 yang tengah bercinta tu mesti awek die penah merajuk punye,orang bercinta ni 

banyakla pengalaman pasal merajuk2 ni.Kalau nak pujuk kena kasi hadiah barula dapat sejukkan hati 

diorang ni.Hish beban betul.Nasib baik aq takde awek.hehe.Hurmm agak2 dah lebih 100 perkataan ke 

belum eh..dah kot,ok setakat sampai disini saje penulisan blog saye pada kali ini.Diharap pembaca blog 

terutama SIR DZUL AZZWAN enjoy baca benda ni.


Maafkan saya jika ada salah tutur kata yang menyinggung perasaan korang..
Minta Maaf sangat2..ok
Pe@ce n0 WaR..:) 

Isnin, 17 Mac 2014

Kehilangan......

Assalamualaikum w.b.t...:)

Sebelum ini saya telahpun menulis blog tentang diri saya dan kelebihan-kelebihan membaca al-ma'thurat...
Kali ini pula saya ingin menulis KEHILANGAN....mesti sesiapa yang baca blog ni pelik kenapa tiba-tiba tajuk kehilangan kan....??sebab ini merupakan salah satu tugas yang diberikan oleh pensyarah saya untuk menulis tentang kehilangan bersempena dengan kapal terbang MH370 yang hilang...tetapi tidak perlulah saya bercakap tentang MH370 kerana perkara inipun selalu terpampang di muka surat khabar dan dipertontonkan di berita2 di televisyen....

Tetapi kali ini saya ingin bercerita tentang perasaan saya ketika hilang selipar
..wahahahaha....dekat masjid pula tu..haishh...macam-macam jenis orang zaman sekarang ni....bukan sekali je saya kena dah berjuta-juta kali selipar saya hilang...hehehe..melampaula pula berjuta tu....hishhhhh panas betul hati gua..kalo gua jumpala pencuri tu gua sebat kaki die.....pertama kali saya hilang selipar waktu sekolah menengah ketika saya sedang solat jemaah di masjid....habis je solat nak balik dah...bile nak balik tu tak jumpa pula selipar saya...tergaru-garu kepale saya...agak lama juga saya mencari-cari selipar saya tu...akhirnya saya berputus asa...saya balik jalan kaki dengan berkaki ayam....malu gakla...nasib baik waktu malam.... tak malu sangat..tapi waktu tu hati gua tak panas sangatla sebab pertama kali kena..dah sampai rumah legala...lepas beberapa hari saya beli selipar baru....pastu saya pergi masjid malam-malam macam biasa....tapi lepas beberapa hari jugak lepas saya solat jemaah di masjid saya perasan selipar saya dah takde...saya terkejut + mrah+bengang+panas...hati gua membara beb...tapi apa boleh dibuat simpan jela panas tu...balik kaki ayam jugak malam tu...nak wat macam mana lagi...tak berani pulak nak amik selipar masjid...selepas beberapa kali selipar saya hilang...saya terfikir...kalau saya pakai selipar pompuan ke masjid..mesti takde orang nak curi....mulai hari tu saya pakai selipar makcik saya bila pergi ke masjid...pergi ke masjid jela tempat lain takla...semenjak haritu takde orang yang nak curi selipar tu lagiii Alhamdulillah...hihihi...plan saya berjaya juga..fuhh...panjang juga saya bercerita ni eh...tak sangka...okla setakat ni sajala dah takde idea nak cakap pasal ape lagi....

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini...:Peace n0 W@R...

Jumaat, 7 Mac 2014

Kelebihan Membaca Al-Mathurat...:)

Assalamualaikum pembaca blogger....:)
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan2 membaca al-ma'thurat...
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Al-ma'thurat terdiri daripada banyak surah,zikir dan doa yang dibukukan.Antara surah yang terdapat di dalam al- ma'thurat seperti surah al-fatihah,al-baqarah,al-ikhlas,al-falaq dan al-nas  . Rasulullah SAW adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Seelok2nya al-ma'thurat dibaca selepas subuh dan asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredhainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Sumber : http://wowberita.org/kelebihan-membaca-al-mathurat

Jika terdapat kesilapan dalam blog ini,sila2lah komen di bawah ye....

Diharap dengan ilmu yang saya kongsi ini dapatlah kita sama2 tingkatkan amal ibadah seharian kita....
Peace no war....
TAKBIR!!!!